Friday, October 2, 2009

barang2 dari england






NO KOD 0533
YANG NIE HARGANYA RM 100

selamat hari raya

assalamualaikum
selamat hari raya untuk semua..harinie dah genap 12 syawal..memang cepat betul masa berlalu..sedar2 dah nak habis tahun nanti..saya dan keluarga terlalu banyak perancangan dan agenda sebelum habis tahun nie..
Sekarang dah bulan oktober,nov saya ada kenduri dan sibuk dgn permulaan mengurus anak yang nak mula kesekolah pada januari nanti..saya memang agak risau,dan memang tak pandai apa yang nak di siap..saya dah tempahkan baju sekolah 3 pasang untuk dia..buat banyak2 senang kot..takut nanti mama dia yang rajin nie tak sempat nak basuh baju..he2..
Ada kawan saya cakap saya kena daftar dia dari sekarang umtuk ke sek. agama petang.. emm..saya masih dalam perbincangan dengan suami..sebab tak tahu kat sek agama mana lagi nak hantar..kerana saya dan suami merancang untuk berpindah..mula plan lepas raya,tapi banyak hal nampaknya,jadi mungkin selepas maisarah dah masuk sek.atau sebelum tu sikit..sekarang mungkin nak cari rumah yang dekat dengan sek maisarah..
Laila pun,sedar2 5.8.09 nie cukup 6 bulan..memang anak yang no 3 nie senang sangat di jaga..dia nak nangis pun susah..asyik sengeh aje..minta2 biar la sampai besar macam tu..Amin..
Sekarang saya tengah sibuk jual barang2 yang kakak saya hantar dari England..barang2nya memang best2,jap lagi saya nak masukkan antara barang yang saya jual,kalau ada sape2 yang berminat..
Pada 5 syawal yang lepas,saya ada buat makan2 sikit kat rumah,untuk keluarga sebelah suami,diaorg nie kalau tak ada wat makan,tak datang le umah saya...percaya atau tak,dah 3 tahun saya tinggal kat sini,mak cik2 dia ada yang tak penah datang umah saya...sedihnye...jadi saya wat la makan..
Saya masak lontong je..ok lajuga kot..sebab habis..he2..
saya sebenarnya sekarang guna internet umah cu suami saya..kitaorg tak dapat nak masuk telefon kat umah,sebab wiring untuk pemasangan telekom rm 400,jadi lebih baik tunggu pindah je,sebab sekarang rumah sewa je..sebab kat lorong rumah kita orang tak ada rumah yg pasang telefon umah,jadi kena tarik dari jalan depan wire..tulah masalahnya..
Jadi sekarang tak leh nak tulis banyak2,sebab tak leh lama..nie ada sikit gambar raya anak,juga gambar baby laila mareeya..
salam dan selamat hari raya aidilfitri buat semua blogger..







Thursday, July 9, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

SALAM SEMUA...
arinie sudah hari ke2 IJTIMAK,saya masih di KL,menunggu selesainya ijtimak..pada 3hb yang lepas saya,suami anak2 dan adik saya telah pergi melawat ayah saya di tempat ijtimak,sememangnya mengkagumkan....amat2 mengkagumkan..ayah saya dah hampr 2 bulan lebih tinggal di tempat ijtimak.saya lihat dia sedikit gelap,mungkin kerana hari2 d=berdiri di tengah2 panas untuk memastikan semua keperluan pada hari ijtimak sempurna,badan dia juga sedikit kurus...
Kitaorg sememangnya sangat2 teruja untuk berjumpa abah dan lihat tapak ijtimak...masa kitaorg sampai orang tengah azan maghrib,suami saya berhentie sembahyang di masjid kuarters KLIA,apabila dia selesai solat,kami erus pergi berjumpa abah,abah dah siap menunggu kami di pintu masuk tempat untuk orang2 foreign..apabila sampai buka je pintu,abah nampak sangat2 gembira dengan kedatangan kami,dia terus tunjukkan saya dan bercerita inilah tempat masak untuk foreign,tempat tinggal.dan kawasan tu pada masa tu belum ada letrik sepenuhnya..saya nampak di tengah tempat taam ada satu lampu mentol menyala,satu org duduk di atas satu bangku sedang bayan.di hadapannya ada dalam 20-30 orang duduk atas tikar sedang mendengar,
dekat dengan pintu masuk saya nampak ada 2 buah kontena ada airciond dan lampu...saya pikir mungkin itu tempat tinggal abah..abah ajak kitaorang masuk ke bilik dia untuk solat,mula2 kitaorg segan tapi abah sangat2 beria,untuk mengembira kan abah,kitaorg ikut..tengah siap nak bawa anak2 masuk saya nampak abah tengah pasang lilin di satu bilik,bilik itu terletak tengah2 antara 2 buah kontena tersebut,saya pikir itu bilik untuk amik wudhu,sekali abah panggil masuk,rupa2nya itulah bilik abah,bila saya melangkah je masuk,hati saya tersangat2 lah sayu...dalam bilik tu ada sebuah katil bujang ,tilam pun macam bukan tilam,ada satu bantal dan kain selimut..ada beg dan barang2 abah.kipas pun tak ada,nyamuk lagi..saya rasa nak jerit dan bgtau dia,saya sayang dia dan tak sanggup tengok dia tinggal dalam bilik tu,tapi itu lah yang abah mahu...itulah maksud hidup dia selama ini..sepanjang kitaorg di situ dalam tak sampai sejam,abah nampak sangat2 gembira,dia tak segan pada kawan2 dia walaupun kami tak berpudah.kerana walau siapa pun kami,kami tetap anak2 yang dia sayang...kalau saya anak lelaki dia,dah pasti saya akan bantu dia dalam kerja2 agama ini dengan bersungguh2 bukan saja kerana ALLAH SWT..tapi untuk mengembirakan hati dia...abah benar2 berkorban harta,diri ,masa dan keluarga dia untuk usaha agama ini setelah 24tahun saya hidup,dalam keluarga yang buat usaha agama ini maksud hidup,dalam sedih saya juga gembirakerana ijtimak nie bagaikan adalah perkara yang sangat di tunggu untuk berlaku di malaysia...baru harinilah saya nampak kegembiraan yang sangat2 terpancar dari wajah abah...bagaikan letih dia hilang bila nampak ktorg datang...

Dan rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan..HAPPY FATHER'S DAY...
SEPERTIMANA SEMUA ORANG RASA..SAYA JUGA RASA ABH SAYA ADALAH YANG TERHEBAT DAN TERBAIK DI DUNIA...SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA,SUAMI SAYA ANAK2 LELAKI SAYA AKAN JADI SEPERTI ABAH SAYA..BIARLAH JIKALAU TAK DI PILIH MENJADI HAFIZ ATAU HAFIZAH...TAPI BIARLAH DI PILIH UNTUK MENJADIKAN USAHA AGAMA MAKSUD HIDUP MEREKA...

AMIN.....

IJTIMA' 09 MALAYSIA






Tuesday, May 5, 2009

come back again..

assalamualaikum semua..

setelah hampir 4 bulan ata lebih dari 4 bulan tak menulis di sini,saya berasa agak rindu nak menulis..biarpun tiada orang yang membaca...hanyalah untuk kepuasan hati semata2...saya berasa puas..

Ari nie saya sebenarnya berada di rumah mama di perlis,pada ari sabtu yang lepas tanggal 2 mei keluarga mentua saya adakan majlis kenduri utk naik buai cucu2 mereka....termasuklah laila sekali..pada keesokkan harinya bgn pg buka mata...saya cakap kat husband..bestnya kalau dapat balik perlis..dia cakp jomla balik..kebetulan 2 3 hari nie dia tak keje,dan ada rezki sikit..kami pun balik..beul2 tak sangka..namun saya dan suami menganggap kepulangan kami ke perlis kali nie bagaikan membawa hati yang lara atau lebih mudah ayatnya..MERAJUK....
Dan..setelah 10 bulan 10 hari saya mngandungkan laila mareeya maka saya telah selamat melahirkannya pada 5.4.2009 pada pukul 11.21mlm di hospital sri manjung..dengan kelahiran secara normal..dan hari nie laila genap sebulan...tadi g timbang laila dah 4.05kg..dan mamanya dah turun 10kg dari yang masa mengandung hari tu...mama cakap tolak berat kandungan dulu dalam 4kg,jadi saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6kg dalam masa sebulan...bestnya..mudah2an turun lagi..amin...

macam2 sebenarnya nak cite.tapi mcm tak cukup masa..tadi saya juga dah menukar kembali warna blog saya..sebab rasa tak kena dengan saya la warna cerah tu..ari nie birthday abah..happy birthday..sweet 60..dan skarang nie mama tgh sibuk masak2 untuk kitaorg nak mkn2 jap lg..nak celebrate birthday abah..(kak opin & abg yeh jgn jelous ye.....).

k...nanti sambung lagi..chow!!!!!

Monday, May 4, 2009

LAILA MAREEYA



salam..nie ada beberapa je gambar my new baby..LAILA MAREEYA..
nanti ada masa masuk lagi..




6 april 2009
14 jam selepas di lahirkan..



Monday, December 29, 2008

sehingga berjumpa lagi..

Pagi nie last day kat perlis..jap lg after zohor dah nak balik,malam nie insyaAllah akan stay di penang satu malam,di rumah uncle suami,dan esok pg atau petang akan bertolak balik ke perak..
Kitaorang saje nak bawa anak jalan2..

Hampir dua bulan saya di sini,macam2 yang saya lihat dan pelajari..harap2 akan menjadi teladan dan pengalaman...apabila sampai ja kat rumah nanti maka akan bermulalah kembali rutin harian yang padat..saya sendiri pun dah rindu rumah walaupun dah tahu akan penat yang akan datang ..balik je..first skali cuci rumah..mesti banyak habuk...dah tak sabar nak jumpa kawan2 yang baik kat sana..

Kebetulan pada hari khamis nanti,pada 1hb,ada kenduri di rumah mentua saya,kenduri naik buai anak kakak ipar saya,tahniah saya ucapkan pada dia,setelah melahir kan 3 anak lelaki dangan cara pembedahan dan akhirnya,anak yg keempat nie dia di kurniakan anak perempuan..dia berkahwin sama hari dengan saya,tapi anak dia dah 4org..dan saya baru nak coming soon yang ke 3..

Saya merancang bulan 1 dan 2 nie akan bz nak siap barang baby dan persiapan bersalin..saya juga harap baby akan sihat dan dapat lahir sama berat dengan kakak dan abangnya..saya melahirkan maisarah dengan berat 3.85kg dan suhail dengan berat 3.65kg dan skrg kandungan dah 7 bulan,baby baru 1kg tak sampai..risau juga..

saya tak tahu bila lg nak up date lepas nie,sebab takut tak sempat..tup2 nanti dah bersalin..
tapi insyaAllah kalau ada masa saya up date..sekarang nak kemas sikit2 lagi..sehingga berjumpa lagi..salaaaaaaaaaaaam...